Friday 29 November 2013

Kenduri Kahwin

Hari ini daripada pagi hingga ke petang, saya menyemak di rumah jiran. Esok akan ada kenduri. Hari ini adalah untuk persiapan akad nikah malam ini dan majlis kenduri esoknya. Saya jarang - jarang dapat sertai gotong - royong ni. Perasaan segan nak bergaul dengan orang ramai. Nasib baik tuan rumah jemput sendiri.
Pada mulanya saya ingatkan dia jemput untuk makan kenduri sahaja. Lepas tu baru saya tahu bahawa saya dijemput untuk membantu pakcik tadi membuat persiapan. Suasana kalau bergotong - royong memang meriah. 

Saya sedar, saya tidak boleh asyik dengan perniagaan saya hingga terabai aktiviti sosial saya. Saya kurang berkawan, jadi gotong - royong ini peluang untuk lebih mengenali dan merapatkan hubungan antara jiran. Seronok sebenarnya apabila berkumpul beramai - ramai. Sebagai orang muda dalam kumpulan gotong - royong tadi, saya memang banyak berdiam. Hanya bertanya yang perlu. Segan nak menyampuk cakap orang tua. Biarlah hari ini dihiburkan dengan keletah dan suara meraka sahaja.

Esok adalah hari besar untuk tuan rumah tersebut, dan saya ditugaskan menjadi penyambut tetamu. 

Jumpa lagi esok ya. 
Assalamualaikum

Kesedihan Tidak Dapat Menyambung Ijazah diganti Dengan Sesuatu

Apabila saya selesai habiskan diploma. Saya masih membantu mak di kedai. Apabila saya suarakan hasrat hati untuk bekerja makan gaji, mak adalah orang pertama tidak membenarkan. Sayu hati rasanya. Kemudian, selepas dapat surat untuk sambung ijazah, mak juga meminta saya tidak meneruskannya. Mak tidak memaksa, tetapi dari percakapannya berat hati membenarkan saya.

Saya sedih mengenangkan nasib saya. Tapi mak saya sering menerapkan kedalam fikiran saya mengenai kebaikan meniaga. Lagipun kalau saya kerja, adakah saya boleh mengikut jadual yang ditetapkan orang lain?

Kemudian saya meniaga seperti biasa disamping mencari peluang baru untuk diceburi. Dalam masa yang sama, perasaan was- was masih menganggu fikiran, adakah apa yang saya buat itu betul? Haha, saya pun konfius dengan diri saya. Apa yang saya lakukan, jarang orang bangsa saya buat. Kebiasaannya bangsa India(jarang orang Melayu buat)  yang buat kiriman wang ke Indonesia, tapi saya boleh buat. Kedai telefon banyak dipelopori oleh bangsa Cina ( Melayu ada tapi tak banyak). Saya juga buat tetapi masih terlalu banyak yang saya harus belajar. Kerana teknologi ni selalu akan ada pembaharuan. Kreativiti dan inovasi menjadikannya sentiasa baru.


Thursday 28 November 2013

Handphone Second Hand

Sebenarnya, saya sudah lama tidak menjual telefon di tangan kedua ni. Ini kerana, kes ini pernah berlaku pada guru ketika saya menjalani kursus membaiki telefon. Beliau terpaksa tinggal di dalam lokap semalaman kerana menjual telefon second hand. Tetapi beliau dijamin dengan jaminan polis kerana menunjukkan bukti yang sahih.

Beliau telah mengambil langkah berhati - hati lebih awal. Jika sesiapa ingin menjual telefon second hand kepadanya, penjual tersebut harus memberi salinan ic dan menandatangani perjanjian yang telah disediakan. Ia untuk mengelakkan perkara yang tidak elok terjadi.

Kebanyakan yang datang untuk jual handphone second hand di kedai saya boleh dikategorikan orang yang muka macam tak sihat sahaja. Saya harap anda faham apa yang saya katakan.

Sekian perkongsian untuk hari ini.
Berjumpa lagi esok.
Assalamualaikum

Telefon Masuk Air

Situasi ini selalu terjadi. Kita pergi ke tandas awam. Semestinya kita akan membawa masuk beg kita dalam tandas kan? Kecuali jika kita pergi berteman, maka kita akan bergilir - gilir menjaga beg kawan. Telefon terjatuh ke dalam lubang tandas itu. Kalau hp murah, kita boleh biarkan, tetapi kalau hp yang agak mahal mana mungkin kita nak biarkan.

Apabila hp masuk kedalam lubang tandas, lecak, longkang. Cepat - cepat kita ambil hp itu, JANGAN TERUS ON!!! sebaliknya terus buka cover belakang dan cabut bateri. Jemur dahulu hingga kering.
Sebabnya ialah, apabila air sudah masuk kedalam litar, kemudian kita ON kan hp, arus elektrik akan mengalir, air pula adalah pengalir arus elektrik yang baik. Ia akan memudahkan litar dalam hp kita berkarat dan seterusnya ia tidak dapat diselamatkan lagi. Tiada gunanya anda menghantar telefon ke kedai.  Jadi, anda boleh menghubungi saya untuk membeli hp.

Anda digalakkan untuk berkongsi maklumat.
Semoga kita berjumpa lagi.
Assalamualaikum.

Keaslian Telefon Kita

Zitron atau Avaxx adalah pembekal Nokia yang sah di Malaysia. Ia boleh dikategorikan sebagai original set. Cara untuk menyemaknya ialah dengan membuka belakang hp tersebut dan tengok di bahagian bawah bateri. Jika terdapat sticker yang berkilat dan diperhatikan secara teliti, akan ada tulisan Avaxx atau Zitron pada sticker tersebut. 

Kebanyakan pelanggan akan bertanya, "Nokia ni buatan China atau ori?" Sebenarnya, kebanyakan model hp di buat di China dan India. Mungkin kerana kos buruh agak  murah di sana. Saya pun tidak pasti. Tetapi untuk mengenal pasti ke orginiliti hp tersebut adalah melalui sticker.

AP pula bermaksud Approved Product. Ia juga mempunyai sticker tetapi yang ditulis adalah selain Avaxx atau Zitron.  Ia dibenarkan kerana ia di hasilkan melalui kilang yang sama. Kualiti juga menyerupai hp original. Yang dikatakan ia adalah AP adalah kerana jika ia terdapat sedikit kecacatan pada hp ori tersebut, ia akan diasingkan dan di kategorikan sebagai AP. Anda jangan salah faham mengenai kecacatan tersebut. Contohnya, jika dalam proses penghasilan hp original tersebut ada terdapat housing yang tak sempurna, maka ia akan diasingkan dan dijual sebagai AP.

Jika ditanya apa kelebihan Avaxx atau Zitron, kelebihannya ialah  jika dalam  masa 'warranty' terdapat masalah yang bukan disebabkan kecuaian kita atau kecuaian kita sendiri, hp itu akan dihantar Nokia Service Centre di mana-mana di dalam Malaysia. Atau juga anda boleh servis di mana-mana pusat servis yang dilantik tadi. Alat ganti yang disediakan juga adalah original. Tempoh warranty merangkumi hp, charger dan handsfree.
Gambar Contoh 

Bagi AP pula, jika berlaku masalah, anda hanya boleh merujuk di kedai yang anda beli hp. 

Pengedar dan pusat service Samsung juga adalah Samsung sendiri. Selama saya menjual telefon Samsung, kesemunya adalah buatan Samsung. Tidak kira model paling murah sekalipun, ia adalah buatan Samsung.


  Gambar Sebenar


Ada lagi cara untuk menyemak hp anda iaitu1. '

***Taip *#06#

2. Akan keluar IMEI number ( International Mobile Equipment Identity)

3. Semak no IMEI anda, pada kedudukan ke 7 dan 8. Contoh, 358671017470473

4. Kedudukan no 7 dan 8 adalah seperti ******01*******

5. Untuk semak sama ada phone korang ori atau tidak, check kod di bawah.


•02 atau 20 : dari China = LOW QUALITY

•08 atau 80: dari Germany = FAIR QUALITY

•01 atau 10: dari Finland = VERY GOOD

•00 atau 03 oatau 04: dari kilang asal handphone = BEST MOBILE QUALITY

•13 : dari azerbaijan =VERY BAD QUALITY & DANGEROUS FOR HEALTH

*** diceduk dari google sahaja. Yang di atasnya adalah hasil dari belajar dengan guru telefon.
Ini sekadar berkongsi maklumat. Jika anda ada maklumat tambahan bolehlah berkongsi dengan saya. Atau jika anda merasakan ada kesilapan dalam perkongsian maklumat di atas, saya berharap anda sudi memperbetulkannya.

Wednesday 27 November 2013

Nokia Asha 501


Gambar Sebenar


Gambar Sebenar
Harga RM 282.00

Set lengkap termasuk Charger, Earphone dan Usb Kabel
Percuma Memory Card 4GB.

Kos Pos Sem M'sia RM 10.00
Sabah/Sarawak RM15.00

Sebarang pertanyaan hubungi ATIKAH : 09-5385014/017-9083905
juga whatsapp di 
017-9083905

Nokia Asha 210



Gambar Sebenar


Gambar Sebenar

Harga RM 240.00

Set lengkap termasuk Charger, Earphone
Percuma Memory Card 4GB.

Kos Pos Sem M'sia RM 10.00
Sabah/Sarawak RM15.00

Sebarang pertanyaan hubungi : 09-5385014/017-9083905
juga whatsapp di 
017-9083905

Samsung Rex 70




Gambar Sebenar

Gambar Sebenar


Harga RM230.00
Set lengkap (usb, charger,earphone)
Kos Pos Sem M'sia RM 10.00
Sabah/Sarawak RM15.00

Sebarang pertanyaan hubungi : 09-5385014/017-9083905
juga whatsapp di 
017-9083905


Samsung Galaxy Y Neo





Gambar Sebenar


Gambar Sebenar

Harga RM 280

Set lengkap(usb,charger,earphone)
Samsung Warranty

Sebarang pertanyaan hubungi ATIKAH : 09-5385014/017-9083905
juga whatsapp di 
017-9083905

Nokia Asha 306







Gambar Sebenar



\
Gambar Sebenar

Harga RM300.00

Set lengkap termasuk Charger, Earphone dan Usb Kabel
Percuma Memory Card 4GB.

Sebarang pertanyaan hubungi ATIKAH : 09-5385014/017-9083905
juga whatsapp di 
017-9083905

Warren Buffet

Warren Buffet adalah satu ikutan untuk amalan perniagaan saya. Saya kini menggunakan tip dalam perniagaan beliau iaitu jangan mengharapkan satu sumber pendapatan. Bina sumber kedua. Carilah peluang dan ruang walau macam mana pun.

Ini lah yang sedang saya lakukan sekarang. Pelbagai cabang saya cuba. Dan saya hanya pastikan perniagaan yang lain tidak menggunakan produk fizikal, tetapi perkhidmatan. Kerana saya tidak mahu pelanggan saya pening melihat pelbagai produk tidak berkaitan di dalam kedai saya. Produk saya hanya telefon dan yang berkaitan dengannya.

Jadi, untuk kedai telefon saya ini, insyallah, saya akan pastikan produk - produknya hanya berkaitan dengan telefon bimbit. Saya kini belajar untuk fokus yang sedang berada di depan mata. Saya tidak mahu terkejar- kejar mengaut keuntungan tetapi saya belajar untuk menghargai pelanggan dan memahami mereka.

Bagi saya, mempelbagaikan perniagaan itu adalah suatu cabaran, tetapi ilmu yang diperolehi juga terlalu banyak. Kerana setiap jenis perniagaan ada dugaan dan cabarannya.

Saya mempunyai 3 cabang perniagaan yang berbeza, dan saya ingin tegaskan perniagaan kedua dan ketiga adalah perkhidmatan, ia tiada  produk fizikal. Perniagaan kiriman wang ke indonesia adalah perniagaan saya yang paling mendatangkan untung. Sudah 4 tahun saya menjalankan perniagaan tersebut sehingga kini. Sebelum saya berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), saya menggunakan SSM mak saya untuk mendapatkan sijil kebenaran melakukan transaksi itu. Sijil nya berharga RM3000. Saya bernasib baik kerana orang yang memperkenalkannya pada saya sudi memberi pinjaman kepada saya. Bermakna saya harus selesai membayarnya dalam masa 6 bulan. Alhamdulilah, saya sudah selesai membayar hutang tersebut.

Saya adalah seorang pemboros, pelbagai perkara saya beli untuk memuaskan diri sendiri. Tapi baru kali ini saya sedar, saya  harus menyimpan untuk masa depan. Saya harus membayar pinjaman pelajaran dan pinjaman perniagaan. Ansuran kereta.

Kemudian saya terfikir , saya harus mencipta peluang kedua bagi diri saya sendiri. Selepas daripada itulah, saya mula menjalankan perniagaan telefon dan pembayaran bil. Ia adalah hasil dorongan mak saya juga. Pakcik yang memperkenalkan saya dengan kiriman wang ke indonesia juga memberi bantuan untuk saya menjalankan perniagaan telefon bimbit.

Sebenarnya untung pembayaran bil dan jualan kad tambah nilai tidak banyak tetapi saya berpegang pada prinsip biar sikit asalkan ada. Ia juga menjadi pelaburan jangka panjang untuk saya. Kalau saya melabur dengan ASB tidak banyak pulangannya walaupun saya ada menyimpan sedikit.


Saya mula menyimpan bermula awal tahun 2013. Alhamdullilah dengan duit tu dapatlah saya membina kedai kecil saya. Tapi masih banyak perlu ditambah.

Semoga Allah memberkati kita semua

Prestasi

Sebelum saya berpindah ke kedai baru, saya akui penjualan telefon saya memang kurang. Nak terjual 5 buah pun susah. Kini saya telah berpindah. Alhamdulilah sudah lebih 10 buah telefon terjual setakat bulan November ini. Saya berharap pada masa akan datang pelanggan akan lebih yakin dengan kami.  Keyakinan dan semangat juga tinggi. Cuma untuk mempromosi di secara online agak sukar sedikit dek kerana kesibukan. Insyallah, saya akan cuba 'post' gambar kedai baru saya. Masih banyak perlu di lengkapkan. Dan saya sentiasa pelanggan saya samada secara online atau offline tidak jemu untuk berurusan dengan kami.

Friday 22 November 2013

Lenovo A390

Lenovo A390 (AP)


Gambar hiasan

Gambar sebenar

(Gambar sebenar)

Harga RM299
Warranty : 1 tahun.
Percuma Micro Memory Card 4GB.
Kos Pos 
Semenanjung M'sia : RM 10.00
Sabah/Sarawak : RM15.00



Belajar Sambil Membina Keyakinan

Menjadi usahawan bagaikan menempuh dan mempelajari perkara baru setiap hari, semakin banyak yang kita ingin tahu. Walaupun ia tidak berkaitan dengan skop yang sedang kita lalui.

Kerana sebagai peniaga, mungkin 5 atau 10 tahun akan datang kita ingin menceburi perniagaan yang kita sangka kita tidak akan lakukan.

Saya juga belajar untuk berani mengambil risiko. Saya pernah ditipu beberapa kali dan perniagaan saya pernah tidak stabil oleh kerana kesilapan saya. Ketakutan untuk mengambil risiko juga akan hilang apabila kita menemui peluang baru. 

Ia bergantung kepada apa yang kita mahukan. Saya juga risau untuk mencuba peluang baru, tetapi kalau saya tak lakukan, itu bukan diri saya.

Assalamualaikum.

Wednesday 20 November 2013

Minat Dan Kesungguhan

Saya meniaga ni pada awalnya hanya untuk suka - suka. Tetapi apabila mak saya tidak membenarkan saya menyambung pelajaran peringkat ijazah, ia bagaikan suatu pengakhiran kepada kehidupan saya. Kerana imaginasi saya semenjak bersekolah di sekolah teknik ialah bernama seorang 'jurutera' adalah berstatus tinggi dan mempunyai keunikan tersendiri. Pada mulanya saya tidak boleh menerima, tetapi sejak membantu mak menguruskan kedai runcit, pemikiran saya dicuci bahawa berniaga bukan perkara yang teruk.

Kebanyakan bumiputera inginkan anak - anak mempunyai kerja tetap, tetapi  mak saya lain daripada yang lain. Beliau sering menakutkan saya mengenai bekerja di bawah arahan seseorang bukan sesuatu yang menyeronokkan. Mak saya mungkin tahu perangai saya yang agak pemalas dan tidak suka ikut arahan dan waktu berjadual(ia adalah benar!).

Selama saya membantu mak saya menguruskan kedai, beliau selalu membantu saya menanamkan minat untuk meniaga. Tidak dinafikan sehingga sekarang saya agak letih dan bosan berniaga kerana perlu tumpukan perhatian sepenuhnya pada perniagaan hingga sukar meluangkan masa untuk rakan dan keluarga.  Dan sebenarnya berniaga ni memaksa kita untuk memberikan lebih 10 jam dari waktu seharian semata untuk berniaga.

Akhirnya, jika jualan semakin meningkat dan pelanggan sangat suka berurusan dengan kita, kepenatan dan keletihan akan hilang dan diganti dengan kegembiraan yang sukar digambarkan.

Berjumpa lagi. Assalamualaikum.

Tuesday 19 November 2013

Rezeki Dimana Mana

Saya berminat untuk menjual telefon dan aksesori kerana kurang ada peluang yang ada. Kampung saya terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama dipanggil Bandar Baru, bahagian kedua di panggil kampung. Bukan saya tidak berminat untuk menyewa di kawasan bandarnya, tetapi kerana faktor menjaga kedai runcit sedia ada. Seperti yang diketahui, saya mula menjual telefon di dalam kedai runcit mak saya ni. Faktor kedua saya tidak menyewa di kawasan bandar ialah kerana mak saya. Mak saya berkata "takpe kakak, inyaallah adanya peluang awak dalam ni". Jadi saya ambil nilai keberkatan itu.

Betol lah kata - kata mak saya, saya kini sudah boleh baiki kedai menjadi lebih cantik(oklah sikit). Saya bukan sahaja menjual telefon tetapi menambah beberapa jenis perniagaan lain. Tetapi perniagaan yang saya tambah dalam kedai saya bukan berkaitan dengan produk tetapi perkhidmatan seperti pembayaran bil, kiriman wang ke Indonesia, print, buat surat dan memperbaharui insuran.

Allah pasti membalas usaha makhluknya.


Monday 18 November 2013

Mak Keseorangan

Perkahwinan pertama dalam kelaurga kami ialah abang ngah saya. Saya sudah lupa pada tahun bila dia bernikah tetapi pada ketika itu saya masih dala pengajian diploma. Selepas abang ngah saya melangsungkan perkahwinan, dia dan isterinya ke Australia. Dia menemani isterinya melanjutkan pelajaran untuk peringkat Phd.

Selepas sahaja abang ngah saya berlepas ke luar negara, secara automatiknya mak saya harus mengambil alih kedai runcit itu. Sebelum itu kedai runcit di urus oleh abang saya. Dia banyak membantu meringankan beban keluarga. Adik bongsu tinggal bersama keluarga angkat. Selepas ayah saya meninggal, keluarga kami ditimpa banyak dugaan. Saya sebolehnya tidak mahu mengenang kembali kisah lama. Lebih - lebih lagi kesusahan yang kami alami. Sangat menyakitkan hati.

Tidak sampai setahun ayah saya meninggal, mak saya sudah menemui pengganti. Saya yang pada ketika itu masih tidak matang, berkecil hati. Kerana mak berkahwin tanpa pengetahuan saya. Saya hanya dapat tahu dia berkahwin apabila mak melawat saya di asrama dengan membawa suami barunya. Ayah tiri saya adalah sekampung dengan kami. Ayah tiri saya pun kenal dengan arwah ayah saya. Mak saya ni adalah isteri kedua. Tapi alhamdulilah, hidup kami semua gembira sekarang. Dan setiap daripada kami akan berusaha untuk maju ke depan. 

Permulaan Hidup Yang Sebenar

Saya mula serius berniaga ni semenjak saya di semester 7 pengajian diploma. Ia seperti permulaan hidup yang baru. Sebenarnya saya lebih suka kehidupan di asrama. Pertama kali saya berasa sangat gembira tinggal di asrama. Padahal waktu tinggal di asrama Sek Teknik Kuantan merupakan satu kebencian. Saya tidak suka suasana asrama sekolah kerana ia tidak bebas. Tetapi ia menjadi suatu keseronokan apabila dalam pengajian diploma. Saya berasa bebas. Dan lebih menyeronokkan jarak antara kelas dan asrama terlalu dekat. Tak sampai 5 minit dah jumpa kelas. Hobi saya ialah tidur, jadi jarak waktu antara subjek juga memudahkan saya untuk balik ke bilik dan tidur. Kadang - kadang kalau sejam pun saya gunakan untuk tidur. Semasa tinggal di asrama, saya juga berniaga, semester 3 saya menjual nasi minyak yang dimasak oleh mak saya. Saya memang tak suka menjual nasi. Tapi waktu petang, saya akan letak nasi minyak di meja depan asrama dan mula menjual. Apabila saya tak menjual nasi, mak saya bagi saya gula - gula, dan jajan untuk dijual. Nak tak nak terpaksa jual juga. Akhirnya terpaksa dihentikan kerana kesibukan.

Ada seorang kawan saya berkata " Atikah ni, kalau tak tidur, dia berniaga. Kalau dia tak berniaga dia akan tidur". Itu sahaja kerja yang saya suka buat. Waktu tu budak - budak kan, duit tak cukup minta dengan mak. 

Wednesday 13 November 2013

Pengenalan


Assalamualaikum.
Salam pengenalan.

Dilahirkan di Hospital Tengku Ampuan Afzan pada 25 November 1988 dan diberi nama Siti Noratikah Binti Mohamad. Kehidupan saya seperti biasa, tetapi apa yang seronok dalam kehidupan masa kecil saya ialah saya sering bertukar pengasuh. Perkara ini tidak terjadi kepada saya seorang, tetapi kepada adik - adik saya yang lain. Mungkin kerana sifat kami yang agak nakal. Kerana seingat saya sendiri, saya pernah diikat di tingkap oleh papa saya. Ibu bapa kami adalah peniaga kedai runcit, mereka terpaksa mencari pengasuh untuk menjaga kami. Dan apa yang paling seronok mengenai pengasuh saya ialah mereka sangat baik dan lembut. Walaupun semua pengasuh - pengasuh kami sudah menghadap Ilahi, tetapi kami masih berhubungan dengan anak - anak mereka. Ibu bapa saya juga pernah menghantar saya ke kampung untuk di jaga oleh wan dan atok kami. Tetapi Wan(belah ibu) agak garang dan tegas.Oleh sebab itu, saya lebih gemar melepak di rumah Mak Tua(kakak papa). Kadang - kadang tidur rumah Mak Tua. Menghabiskan masa di kampung ketika kecil memang menyeronokkan. Mandi sungai adalah aktiviti harian kerana ketika itu sungai masih bersih. Berada di kampung seperti disayangi semua orang. 

Kemudian, saya kembali semula ke kampung halaman di Kuantan,Pahang. Menerima pendidikan tadika, sekolah rendah, sekolah menengah dan menyampung pengajian diploma dalam negeri dan daerah yang sama. Tak boleh lari dah, memang anak jati Pahang walaupun berketurunan Kelantan(Siam) dan Minang. Mak keturunan Minang, lahir di N.9 dan dibesarkan di Kelantan. Orang Kelantan terkenal dengan sikap suka berniaga mereka. Mungkin sifat semulajadi saya lahir dari situ.

Sebaik habis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) saya terus bekerja di mini market dalam kawasan kampung untuk mengisi masa lapang. Sebenarnya, saya mahu berehat saja di rumah, tetapi atas paksaan mak dan tak tahan bebelan saya paksakan diri bekerja di mini market itu. Hanya bertahan dua bulan sahaja bekerja di situ, tak gemar ikut masa. Kali kedua saya bekerja di tempat sama ialah pada cuti semester pengajian diploma saya. Tetapi hanya bertahan sebulan. Saya menyedari kelemahan diri saya iaitu saya tidak suka bekerja di bawah arahan orang lain.

Sebenarnya saya meniaga sejak dari sekolah rendah lagi. Saya menjual kad nama. Pada waktu itu kad nama yang di hias dengan gambar artis dan kartun sangat di minati. Saya mengambil peluang itu untuk menjadi ejen menjual kad nama. Ditambah lagi dengan kad nama percuma jika mencapai target. Ramai kawan - kawan berurusan dengan saya. Keuntungan saya pada ketika itu dikira apabila kad nama percuma yang sepatut saya dapat itu, saya gunakan untuk menjualnya semula pada kawan - kawan. Dan ada lagi perniagaan yang saya lakukan. Ada juga perniagaan yang tidak mendatangkan untung langsung. Saya pun tak tahu nak kategorikan kepada apa perniagaan tanpa untung itu. Sehingga kini saya masih berfikir mengenai situasi ini. Ketika di kolej juga saya berniaga. Pelbagai terutamanya makanan. Tetapi nasib tidak menyebelahi saya, pengajian saya tersangkut pada semester 7. Mak saya mengarahkan saya untuk berulang dari rumah ke kolej. Lesen kenderaan tiada lagi pada ketika itu. Jadi, saya redah je. Kadang - kadang ikut laluan kampung yang agak membahayakan dan sunyi. Pada masa yang sama juga, saya ditugaskan membantu mak menjaga kedai runcit. Bermula dari situ, mak saya mencuci fikiran saya mengenai perniagaan. Oleh kerana itu juga saya tidak dibenarkan menyambung pelajaran ke peringkat ijazah. Tiada siapa diharap untuk membantu mak saya dikedai. Adik - adik masih di sekolah. Adik yang bongsu tinggal di negeri lain untuk dijaga oleh ibu bapa angkat die. Papa saya meninggal ketika saya di tingkatan 4 dan adik paling bongsu berumur 7 tahun. Kemudian anak angkat mak saya jadikan adik saya sebagai anak angkat nya sehingga dia berumur 12 tahun. Sesuatu yang amat menyedihkan. Budak tak kenal apa dan dihantar ke tempat lain. Sekarang adik pun dah umur 16 tahun. Mak saya pun bahagia dengan suami barunya. Bersyukur kami ada ayah tiri yang baik. Kembali semula kepada perniagaan, sejak dari saya menolong mak di kedai runcit, saya mula menjual tambah nilai secara reload. Alhamdulilah, semakin maju, sehari dapat untung lebih kurang RM20. Kemudian dalam kedai runcit itu juga saya menjual telefon bimbit dan aksesori telefon. Dalam jangkamasa 2 tahun, saya diberi peluang oleh Allah S.w.t untuk menghadiri kursus membaiki telefon. Jadi saya lebih memahami mengenai telefon bimbit. Terima kasih kepada Ecer dan Ump kerana memberikan peluang ini kepada saya.

Ketika di kolej, saya mengambil jurusan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik. Ia bukan minat saya kerana ketika saya bersekolah di Sekolah Menengah Teknik Kuantan, saya mengambil jurusan Kejuruteraan Mekanikal. Selepas tamat SPM, saya berhasrat untuk sambung pengajian dalam bidang yang sama. Tetapi saya tangguhkan dahulu kerana saya nak rehat panjang. Mungkin kerana mak saya sakit mata lihat saya terlampau rehat, mak saya pun daftarkan saya ke kolej Poly Tech Mara Kuantan dalam jurusan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.

Kini, minat saya adalah lebih ke arah elektronik sebab saya suka lihat litar. Tetapi saya pernah ulang peperiksaan subjek elektronik. Walaupun saya sudah mengikuti kursus membaiki telefon, saya hanya mampu membaiki kerosakan - kerosakan kecil.

Sejak menjadi usahawan sepenuh masa, saya sering membaca buku mengenai kejayaan usahawan yang mengalami jatuh bangun dalam perniagaan mereka. Buku yang tidak berkaitan dengan keusahawanan juga saya baca. Saya pernah membaca kisah seorang ibu yang disahkan mengidap penyakit yang sehingga kini tiada penawar. Saya juga amat menggemari kisah - kisah pahlawan islam yang sentiasa berusaha untuk mempertahan agama Allah s..w.t. Bagi pahlawan - pahlawan Islam ini, saya yakin mereka berjuang bukan kerana diri mereka, tetapi semata - mata kerana Allah dan Rasul. Dalam perniagaan saya, saya sendiri cuba menerapkan nilai dan jiwa berniaga bukan kerana wang tetapi kerana minat. Tetapi selalu apa yang selalu pemikiran saya semaikan ialah berniaga kerana wang. Sehingga kini saya cuba mengikis pemikiran itu sedaya - upaya. Saya sepatutnya tidak perlu takut jika gagal, saya hanya perlu takut jika tidak mampu bangkit dari kegagalan. Saya jenis mudah putus asa. Tetapi ibu saya selalu berpesan, "kalau mahu berjaya bukan sehari dua usahanya tetapi selama - lamanya. Di dunia ni banyak peluang untuk berjaya, sekiranya kamu gagal mengenai perkara itu, masih banyak perkara lain kamu boleh cuba. Tetapi setiap perkara yang kamu cuba itu haruskan dilakukan bersungguh - sungguh. Kemudian, jika kamu gagal, kamu tidak akan menyesal kerana kamu sudah berusaha untuk itu."

Kepada rakan - rakan blogger yang ingin beriteraksi dengan saya secara dekat boleh ke 'facebook' saya https://www.facebook.com/akulahkakyusz. Di kemudian hari, saya akan maklumkan mengenai 'facebook page' untuk produk saya.

Hampir setahun saya membuka perniagaan menjual telefon dan aksesori secara sepenuh masa. Dahulu menumpang dalam kedai runcit. Kini sudah hampir dua minggu saya berpindah ke kedai yang baru. Semangat pun baru. Saya akan cuba memenuhkan kedai saya dengan telefon dan aksesori dalam masa dua bulan ini. Berharap pelanggan dapat menerima perubahan baru. Kedai lama kelihatan seperti reban ayam. Hanya berurusan melalui tingkap.

Saya berharap melalui blog dan fb saya dapat meluaskan jaringan pelanggan saya dan dapat mengenali rakan - rakan baru. Disamping berniaga, saya boleh memperolehi pengalaman dan berkongsi kisah sehari saya dengan rakan - rakan blogger.

Kita akan berjumpa lagi, Insyaallah.