Friday 20 December 2013

Speaker

RM100
SPEAKER MINNION


SUDUT HADAPAN

SUDUT KIRI

BELAKANG

KANAN

Power Bank



POWER BANK!!


RM180
13OOOmAH
WHATAPP 0179083905/09-5385104




7800mAH
RM115
WHATAPP 0179083905/09-5385104




RM65
4600mAH
WHATAPP 0179083905/09-5385104


RM85
5600mAH
WHATAPP 0179083905/09-5385104



Thursday 19 December 2013

Pembentangan Bajet

Assalamualaikum.

    Untuk tahun 2014, saya melebihkan bajet untuk membayar hutang. Ia termasuk hutang MARA, dengan MARA ni saya pinjam untuk dua jenis. Yang pertama adalah hutang ketika belajar untuk dapatkan diploma. Saya meminjam lebih kurang RM32000. Oleh kerana pointer saya pada tahap sederhana, saya perlu membayar dalam anggaran RM8000. Menyesal tak belajar bersungguh sungguh. Kalau tidak, satu sen tak perlu  bayar. Apabila saya selesai menghabiskan pengajian saya terus membayar hutang. Saya tidak suka menangguh hutang orang. Biar sedikit asalkan tetap membayar.

    Saya membajetkan lebih untuk simpanan peribadi. Nilainya adalah rahsia. Tapi bagi saya, walau sedikit mana pun kita harus menyimpan. RM 50 sebulan pun ok.

   Ini hanyalah antara bajet saya. Share sikit sikitlah untuk tatapan anda semua. Yang lain tulis dalam buku.

Keadaan Selepas Banjir





Yang terbaru dari saya

Maaflah.. Signboard belum buat lagi. Masih kumpul modal.

Permulaan Kehidupan Dunia Saya

Mak saya bersama dengan adik bongsu saya. Mak saya susah nak senyum kalau depan kamera. Saya anti-adik bongsu kerana semua kehendak dia dipenuhi. Rosakkan kamera saya tanpa perlu mengganti. Mak jadi pem 'back up' utama. Dia kini sedang belajar di Maahad Tahfiz. Pelengkap keinginan arwah bapa saya yang mahukan anak sulong dan bongsu mengaji agama. Ini lah adik yang diserahkan sementara kepada keluarga angkat nya di Terengganu sejak dia berumur 8 tahun. Adik perempuan saya menjadi peneman disana sebab taknak adik bongsu kesunyian. Sanggup bersekolah kat Terenganu selama dua tahun. Apabila mengingatinya semula saya jadi sedih. Saya menaip sambil mengesat air mata. Kini kami sudah dewasa dan masing- masing mampu berdikari sendiri. Kebanyakan kami tinggal berdekatan. Hanya abang Ngah dan Kak long sahaja tinggal di Terengganu dan Melaka. Adik bongsu saya ni dengar cerita ada buat bisnes dengan kawan dia. Bisnes apa tu saya pun tak tahu. Hahaha. Tahun depan SPM



Kedua dan pertama dari kiri adalah kak long dan adik saya. Kak long saya guru di sekolah di menengah di Melaka. Juga meniaga. Tetapi sejak mengandung ni dia banyak berehat. Tak meniaga dah. Mabuk teruk. Kak long saya kini sudah 6 bulan mengandung setelah 4 atau 5 tahun berkahwin. Kami semua tidak sabar menunggu rezeki baru dari Nya. Semoga dipermudahkan segala proses dan keadaan. Paling kiri itu adalah adik perempuan bongsu saya. Dia sudah pun mendirikan rumah tangga. Jadi, dia langkah bendul. Saya pun dapatlah sebentuk cincin. 

Anak anak Saya

Ini adalah anak dara pertama keluarga kami. 








Semestinya saya paling comel. Tidak dinafikan. Ketiga - tiga dalam gamabr diatas adalah anak abang Ngah saya. Mereka kini menetap di Terengganu. Kakak ipar saya pensyarah di Universiti Malaysia Terengganu. 


Dan ini anak abang Chik saya. Dia tinggal bersama kami. Sangat banyak cakap.




Wednesday 18 December 2013

Kedai Kurnia Wirasara Enterprise


Assalamualaikum.


 
Gambar ni masa mula mula nak bina kedai saya. Kene kopak dinding kedai runcit tu. Ambik ko!!! Pekerja saya dah kene sengat. Sampai pergi klinik. Tukang buat kedai pun kene sengat. Ada dua lokasi sarang, satu lagi tak sempat di upload sebab dalam runcit tu.



Ini ketika masih dalam pembinaan. Saya sangat bersemangat pada waktu ini!!





Akhirnya. Kedai saya sepenuhnya telah siap.


Senyuman saya demi anda!!
Meja display pun pakai yang mana ada dulu.


 Baru seminggu ditampal.

Meja display sampai pada hari Isnin. Esoknya banjir melanda. Meja ni sampai pun dalam keadaan hujan lebat. Dugaan. Nasib baik hanya pecah dua keping cermin.

Keadaan Ketika Banjir


Banjir pada Hari Selasa bersamaan 3 Disember 2013
Ini ketika waktu subuh. 


Dibawah ini kedai saya.


Kedai kami agak rendah, air banjir laju ke arah kami.



Sistem Penjualan

      Saya kini menggunakan satu sistem lebih kurang Sistem Point of Sale. Tetapi sistem yang saya gunakan ini hanyalah khusus untuk perniagaan telekomunikasi. Yuran pun agak berpatutan iaitu RM150 sebulan untuk satu premis. Jika saya mempunyai dua premis, maka jumlah yang saya harus bayar adalah RM300.00. Sistem ni membolehkan saya mendapatkan nilai keuntungan bersih dan kerugian saya  dalam perniagaan ini. Saya mula menggunakan sistem ini sejak awal tahun 2013.
     
      Untuk pembayaran bil, insuran saya tidak menggunakan sistem ini kerana ia sudah menyediakan sistem tersendiri.
 
      Produk akseseori dan telefon sering bertukar dan agak sukar untuk saya mengingati kesemua barangan dalam kedai saya. Walaupun produk saya tidak banyak, tapi akan datang insyallah pasti akan menggembirakan. Jika pelanggan saya inginkan sesuatu produk dan saya tidak pasti samada kedai saya menyimpan produk yang diinginkan itu, saya hanya perlu mencari dalam sistem.

     Setiap produk saya di letakkan dengan PLU atau Price Look Up Code. Setiap carian kita, jika kedai saya mempunyai produk tersebut, sistem akan mengeluarkan nama produk lengkap dengan PLU. Kadang - kadang, kita lupa samada memory card masih ada stok atau tidak, sistem ini memudahkan kita.

     Harga yang dipamerkan pada produk bukanlah harga sebenar jualan. Kerana kita suka pelanggan tawar-menawar dengan kita. HIHIHI.. Walaupun ada pelanggan tak suka tawar-menawar, kami tetap menurunkan harga daripada harga asal.


     Pada penghujung bulan, saya boleh tahu berapa unit telefon atau aksesori terjual. Keuntungan dan kerugian. Kebiasaanya kerugian saya apabila bateri yang dijual sudah tamat tempoh. Kita boleh tahu bateri itu rosak jika ia sudah kembung. Sebab itu saya kurang gemar membeli bateri untuk dijual.

     Simkad juga membolehkan saya mendapat kerugian. Ia juga mempunyai tempoh. Jika ia tamat tempoh, hanya satu perkara saya mampu lakukan iaitu membuangnya.

Dokumen

Assalamualaikum.

      Walaupun saya sudah mendaftarkan perniagaan saya dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) tetapi saya masih belum berdaftar dengan Lembaga Hasil dalam Negeri. Saya baru tahu ia adalah satu kewajipan. 

      Kini saya sibuk dengan mengemas kini dokumen tahunan perniagaan saya. Saya ni masih baru, jadi apa yang saya lakukan ialah mengasingkan resit - resit mengikut pembekal. Oleh kerana saya menjual kad tambah nilai, telefon dan aksesori, maka fail yang diperlukan tidak banyak dan tidak memeningkan. Saya juga membuat akaun kira - kira setiap hari. 
     
      Cuma saya masih tak tahu untuk membuat akaun balancing. Dan saya rasa, saya tak perlu lakukannya. Tapi jika perniagaan saya semakin meningkat, saya memerlukannya. 


Friday 6 December 2013

Dugaan

Assalamualaikum.
  Sudah 3 hari saya tidak menaip blog.

Kedai dan kampung saya dilanda banjir.
 Alhamdulilah, kerosakan adalah minima jika nak dibandingkan dengan tempat lain dalam daerah Kuantan.

Hari ini kedai offline saya beroperasi sepenuhnya.

Sangat merindui untuk berniaga selepas 2 hari saya bercuti penuh.


Sunday 1 December 2013

Target

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Semalam adalah 1 Disember 2013, bersamaan hari Ahad. Kedai offline saya tidak beroperasi. Dan saya mengambil kesempatan melengkapkan akaun kira-kira untuk bulan November. Kelemahan saya yang patut saya buang ialah sikap bertangguh. Saya suka melewatkan masa untuk membuat kira - kira. Tetapi semalam saya ambil kesempatan sempena saya bercuti. Saya selesaikan apa yang patut. 

Dan paling menyeronokkan ialah semenjak saya berpindah kedai baru, jualan hp saya semakin meningkat.
Alhamdulilah. Targer tercapai. 15 buah hp terjual. Pada pandangan orang lain, itu mungkin sikit tapi bagi saya ia adalah satu pencapaian yang baik. Dan untuk bulan Disember, saya target jualan hp saya melebihi 20 buah. 
Dan untuk bulan ini juga, saya ingin memenuhkan aksesori telefon supaya pelanggan seronok membeli di sini. Keseronokan pelanggan adalah kebanggaan kami.  
Target saya untuk perniagaan online saya adalah 1 buah hp untuk bulan Disember 2013 ini.