Wednesday 27 November 2013

Warren Buffet

Warren Buffet adalah satu ikutan untuk amalan perniagaan saya. Saya kini menggunakan tip dalam perniagaan beliau iaitu jangan mengharapkan satu sumber pendapatan. Bina sumber kedua. Carilah peluang dan ruang walau macam mana pun.

Ini lah yang sedang saya lakukan sekarang. Pelbagai cabang saya cuba. Dan saya hanya pastikan perniagaan yang lain tidak menggunakan produk fizikal, tetapi perkhidmatan. Kerana saya tidak mahu pelanggan saya pening melihat pelbagai produk tidak berkaitan di dalam kedai saya. Produk saya hanya telefon dan yang berkaitan dengannya.

Jadi, untuk kedai telefon saya ini, insyallah, saya akan pastikan produk - produknya hanya berkaitan dengan telefon bimbit. Saya kini belajar untuk fokus yang sedang berada di depan mata. Saya tidak mahu terkejar- kejar mengaut keuntungan tetapi saya belajar untuk menghargai pelanggan dan memahami mereka.

Bagi saya, mempelbagaikan perniagaan itu adalah suatu cabaran, tetapi ilmu yang diperolehi juga terlalu banyak. Kerana setiap jenis perniagaan ada dugaan dan cabarannya.

Saya mempunyai 3 cabang perniagaan yang berbeza, dan saya ingin tegaskan perniagaan kedua dan ketiga adalah perkhidmatan, ia tiada  produk fizikal. Perniagaan kiriman wang ke indonesia adalah perniagaan saya yang paling mendatangkan untung. Sudah 4 tahun saya menjalankan perniagaan tersebut sehingga kini. Sebelum saya berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), saya menggunakan SSM mak saya untuk mendapatkan sijil kebenaran melakukan transaksi itu. Sijil nya berharga RM3000. Saya bernasib baik kerana orang yang memperkenalkannya pada saya sudi memberi pinjaman kepada saya. Bermakna saya harus selesai membayarnya dalam masa 6 bulan. Alhamdulilah, saya sudah selesai membayar hutang tersebut.

Saya adalah seorang pemboros, pelbagai perkara saya beli untuk memuaskan diri sendiri. Tapi baru kali ini saya sedar, saya  harus menyimpan untuk masa depan. Saya harus membayar pinjaman pelajaran dan pinjaman perniagaan. Ansuran kereta.

Kemudian saya terfikir , saya harus mencipta peluang kedua bagi diri saya sendiri. Selepas daripada itulah, saya mula menjalankan perniagaan telefon dan pembayaran bil. Ia adalah hasil dorongan mak saya juga. Pakcik yang memperkenalkan saya dengan kiriman wang ke indonesia juga memberi bantuan untuk saya menjalankan perniagaan telefon bimbit.

Sebenarnya untung pembayaran bil dan jualan kad tambah nilai tidak banyak tetapi saya berpegang pada prinsip biar sikit asalkan ada. Ia juga menjadi pelaburan jangka panjang untuk saya. Kalau saya melabur dengan ASB tidak banyak pulangannya walaupun saya ada menyimpan sedikit.


Saya mula menyimpan bermula awal tahun 2013. Alhamdullilah dengan duit tu dapatlah saya membina kedai kecil saya. Tapi masih banyak perlu ditambah.

Semoga Allah memberkati kita semua

No comments:

Post a Comment