Thursday 19 December 2013

Pembentangan Bajet

Assalamualaikum.

    Untuk tahun 2014, saya melebihkan bajet untuk membayar hutang. Ia termasuk hutang MARA, dengan MARA ni saya pinjam untuk dua jenis. Yang pertama adalah hutang ketika belajar untuk dapatkan diploma. Saya meminjam lebih kurang RM32000. Oleh kerana pointer saya pada tahap sederhana, saya perlu membayar dalam anggaran RM8000. Menyesal tak belajar bersungguh sungguh. Kalau tidak, satu sen tak perlu  bayar. Apabila saya selesai menghabiskan pengajian saya terus membayar hutang. Saya tidak suka menangguh hutang orang. Biar sedikit asalkan tetap membayar.

    Saya membajetkan lebih untuk simpanan peribadi. Nilainya adalah rahsia. Tapi bagi saya, walau sedikit mana pun kita harus menyimpan. RM 50 sebulan pun ok.

   Ini hanyalah antara bajet saya. Share sikit sikitlah untuk tatapan anda semua. Yang lain tulis dalam buku.

No comments:

Post a Comment