Thursday 19 December 2013

Permulaan Kehidupan Dunia Saya

Mak saya bersama dengan adik bongsu saya. Mak saya susah nak senyum kalau depan kamera. Saya anti-adik bongsu kerana semua kehendak dia dipenuhi. Rosakkan kamera saya tanpa perlu mengganti. Mak jadi pem 'back up' utama. Dia kini sedang belajar di Maahad Tahfiz. Pelengkap keinginan arwah bapa saya yang mahukan anak sulong dan bongsu mengaji agama. Ini lah adik yang diserahkan sementara kepada keluarga angkat nya di Terengganu sejak dia berumur 8 tahun. Adik perempuan saya menjadi peneman disana sebab taknak adik bongsu kesunyian. Sanggup bersekolah kat Terenganu selama dua tahun. Apabila mengingatinya semula saya jadi sedih. Saya menaip sambil mengesat air mata. Kini kami sudah dewasa dan masing- masing mampu berdikari sendiri. Kebanyakan kami tinggal berdekatan. Hanya abang Ngah dan Kak long sahaja tinggal di Terengganu dan Melaka. Adik bongsu saya ni dengar cerita ada buat bisnes dengan kawan dia. Bisnes apa tu saya pun tak tahu. Hahaha. Tahun depan SPM



Kedua dan pertama dari kiri adalah kak long dan adik saya. Kak long saya guru di sekolah di menengah di Melaka. Juga meniaga. Tetapi sejak mengandung ni dia banyak berehat. Tak meniaga dah. Mabuk teruk. Kak long saya kini sudah 6 bulan mengandung setelah 4 atau 5 tahun berkahwin. Kami semua tidak sabar menunggu rezeki baru dari Nya. Semoga dipermudahkan segala proses dan keadaan. Paling kiri itu adalah adik perempuan bongsu saya. Dia sudah pun mendirikan rumah tangga. Jadi, dia langkah bendul. Saya pun dapatlah sebentuk cincin. 

No comments:

Post a Comment