Monday 13 January 2014

Salam Maulidur Rasul

Rasulullah adalah orang terakhir yang akan kita cari untuk memperoleh syafaat Nya. selepas kesemua rasul sebelum baginda tidak boleh memberikan kita syafaat. Hanya Rasulullah mampu membantu kita di akhirat daripada seksaan Nya. Wallahualam.

Daripada penceritaan Guru saya, apabila di akhirat kelak. Setiap roh berada dalam keadaan masing-masing. Kita tidak akan mengambil tahu keadaan yang lain. Kita hanya ingin mengurangkan seksaan Allah terhadap diri kita sahaja. Roh pada ketika itu ada bermacam-macam ragam. Ada yang bertelanjang, kepanasan dan ada juga diberi keteduhan oleh Allah.

Kita akan mencari Nabi Adam tetapi baginda tidak dapat memberikan kita syafaat. Kita akan berjumpa dengan semua Rasul untuk memberikan kita syafaat. Tetapi semuanya tidak dapat memberikan kita syafaat mereka. Di akhir sekali, kita akan bertemu Rasullulah Nabi Muhammad kita. Baginda lah yang akan membantu kita. Hanya kepada baginda kita berharap untuk memberikan kita syafaat. 

Dan pesan Guru saya, sebelum kita hendak mengenali Allah dan Rasul, wajiblah kita mengenali diri sendiri dahulu. Kemudian kita akan kenal Tuhan dan Rasul. Wallahualam

No comments:

Post a Comment