Wednesday 19 November 2014

Setelah sekian lama

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Sudah lama tidak menulis blog. Semoga semua pembaca dalam keadaan sihat dan dirahmati oleh Allah S.A.W hendaknya.

Saya kini sibuk mengikuti kelas Tahap 2 kursus membaiki telefon bimbit. Dalam Tahap 2 ini, kami di sajikan dengan kursus keusahawanan untuk Modul Pertama. Kini Modul pertama sudah selesai, Modul kedua bakal menyusul. Untuk Modul kedua ini, kami akan di ajar mengenai Software telefon bimbit. 

Boleh dikatakan peserta Kursus ini bertuah kerana hampir kesemua nya disediakan secara percuma. Dari segi pembelajaran, rasanya tiada masalah. Apa yang perlu kami sediakan adalah masa, kesediaan dan semangat untuk menimba ilmu. Makan kami juga ditanggung oleh pihak pengajar. 



No comments:

Post a Comment