Wednesday 20 November 2013

Minat Dan Kesungguhan

Saya meniaga ni pada awalnya hanya untuk suka - suka. Tetapi apabila mak saya tidak membenarkan saya menyambung pelajaran peringkat ijazah, ia bagaikan suatu pengakhiran kepada kehidupan saya. Kerana imaginasi saya semenjak bersekolah di sekolah teknik ialah bernama seorang 'jurutera' adalah berstatus tinggi dan mempunyai keunikan tersendiri. Pada mulanya saya tidak boleh menerima, tetapi sejak membantu mak menguruskan kedai runcit, pemikiran saya dicuci bahawa berniaga bukan perkara yang teruk.

Kebanyakan bumiputera inginkan anak - anak mempunyai kerja tetap, tetapi  mak saya lain daripada yang lain. Beliau sering menakutkan saya mengenai bekerja di bawah arahan seseorang bukan sesuatu yang menyeronokkan. Mak saya mungkin tahu perangai saya yang agak pemalas dan tidak suka ikut arahan dan waktu berjadual(ia adalah benar!).

Selama saya membantu mak saya menguruskan kedai, beliau selalu membantu saya menanamkan minat untuk meniaga. Tidak dinafikan sehingga sekarang saya agak letih dan bosan berniaga kerana perlu tumpukan perhatian sepenuhnya pada perniagaan hingga sukar meluangkan masa untuk rakan dan keluarga.  Dan sebenarnya berniaga ni memaksa kita untuk memberikan lebih 10 jam dari waktu seharian semata untuk berniaga.

Akhirnya, jika jualan semakin meningkat dan pelanggan sangat suka berurusan dengan kita, kepenatan dan keletihan akan hilang dan diganti dengan kegembiraan yang sukar digambarkan.

Berjumpa lagi. Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment