Monday 18 November 2013

Permulaan Hidup Yang Sebenar

Saya mula serius berniaga ni semenjak saya di semester 7 pengajian diploma. Ia seperti permulaan hidup yang baru. Sebenarnya saya lebih suka kehidupan di asrama. Pertama kali saya berasa sangat gembira tinggal di asrama. Padahal waktu tinggal di asrama Sek Teknik Kuantan merupakan satu kebencian. Saya tidak suka suasana asrama sekolah kerana ia tidak bebas. Tetapi ia menjadi suatu keseronokan apabila dalam pengajian diploma. Saya berasa bebas. Dan lebih menyeronokkan jarak antara kelas dan asrama terlalu dekat. Tak sampai 5 minit dah jumpa kelas. Hobi saya ialah tidur, jadi jarak waktu antara subjek juga memudahkan saya untuk balik ke bilik dan tidur. Kadang - kadang kalau sejam pun saya gunakan untuk tidur. Semasa tinggal di asrama, saya juga berniaga, semester 3 saya menjual nasi minyak yang dimasak oleh mak saya. Saya memang tak suka menjual nasi. Tapi waktu petang, saya akan letak nasi minyak di meja depan asrama dan mula menjual. Apabila saya tak menjual nasi, mak saya bagi saya gula - gula, dan jajan untuk dijual. Nak tak nak terpaksa jual juga. Akhirnya terpaksa dihentikan kerana kesibukan.

Ada seorang kawan saya berkata " Atikah ni, kalau tak tidur, dia berniaga. Kalau dia tak berniaga dia akan tidur". Itu sahaja kerja yang saya suka buat. Waktu tu budak - budak kan, duit tak cukup minta dengan mak. 

No comments:

Post a Comment