Monday 18 November 2013

Mak Keseorangan

Perkahwinan pertama dalam kelaurga kami ialah abang ngah saya. Saya sudah lupa pada tahun bila dia bernikah tetapi pada ketika itu saya masih dala pengajian diploma. Selepas abang ngah saya melangsungkan perkahwinan, dia dan isterinya ke Australia. Dia menemani isterinya melanjutkan pelajaran untuk peringkat Phd.

Selepas sahaja abang ngah saya berlepas ke luar negara, secara automatiknya mak saya harus mengambil alih kedai runcit itu. Sebelum itu kedai runcit di urus oleh abang saya. Dia banyak membantu meringankan beban keluarga. Adik bongsu tinggal bersama keluarga angkat. Selepas ayah saya meninggal, keluarga kami ditimpa banyak dugaan. Saya sebolehnya tidak mahu mengenang kembali kisah lama. Lebih - lebih lagi kesusahan yang kami alami. Sangat menyakitkan hati.

Tidak sampai setahun ayah saya meninggal, mak saya sudah menemui pengganti. Saya yang pada ketika itu masih tidak matang, berkecil hati. Kerana mak berkahwin tanpa pengetahuan saya. Saya hanya dapat tahu dia berkahwin apabila mak melawat saya di asrama dengan membawa suami barunya. Ayah tiri saya adalah sekampung dengan kami. Ayah tiri saya pun kenal dengan arwah ayah saya. Mak saya ni adalah isteri kedua. Tapi alhamdulilah, hidup kami semua gembira sekarang. Dan setiap daripada kami akan berusaha untuk maju ke depan. 

No comments:

Post a Comment