Wednesday 18 December 2013

Sistem Penjualan

      Saya kini menggunakan satu sistem lebih kurang Sistem Point of Sale. Tetapi sistem yang saya gunakan ini hanyalah khusus untuk perniagaan telekomunikasi. Yuran pun agak berpatutan iaitu RM150 sebulan untuk satu premis. Jika saya mempunyai dua premis, maka jumlah yang saya harus bayar adalah RM300.00. Sistem ni membolehkan saya mendapatkan nilai keuntungan bersih dan kerugian saya  dalam perniagaan ini. Saya mula menggunakan sistem ini sejak awal tahun 2013.
     
      Untuk pembayaran bil, insuran saya tidak menggunakan sistem ini kerana ia sudah menyediakan sistem tersendiri.
 
      Produk akseseori dan telefon sering bertukar dan agak sukar untuk saya mengingati kesemua barangan dalam kedai saya. Walaupun produk saya tidak banyak, tapi akan datang insyallah pasti akan menggembirakan. Jika pelanggan saya inginkan sesuatu produk dan saya tidak pasti samada kedai saya menyimpan produk yang diinginkan itu, saya hanya perlu mencari dalam sistem.

     Setiap produk saya di letakkan dengan PLU atau Price Look Up Code. Setiap carian kita, jika kedai saya mempunyai produk tersebut, sistem akan mengeluarkan nama produk lengkap dengan PLU. Kadang - kadang, kita lupa samada memory card masih ada stok atau tidak, sistem ini memudahkan kita.

     Harga yang dipamerkan pada produk bukanlah harga sebenar jualan. Kerana kita suka pelanggan tawar-menawar dengan kita. HIHIHI.. Walaupun ada pelanggan tak suka tawar-menawar, kami tetap menurunkan harga daripada harga asal.


     Pada penghujung bulan, saya boleh tahu berapa unit telefon atau aksesori terjual. Keuntungan dan kerugian. Kebiasaanya kerugian saya apabila bateri yang dijual sudah tamat tempoh. Kita boleh tahu bateri itu rosak jika ia sudah kembung. Sebab itu saya kurang gemar membeli bateri untuk dijual.

     Simkad juga membolehkan saya mendapat kerugian. Ia juga mempunyai tempoh. Jika ia tamat tempoh, hanya satu perkara saya mampu lakukan iaitu membuangnya.

No comments:

Post a Comment