Sunday 1 December 2013

Target

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Semalam adalah 1 Disember 2013, bersamaan hari Ahad. Kedai offline saya tidak beroperasi. Dan saya mengambil kesempatan melengkapkan akaun kira-kira untuk bulan November. Kelemahan saya yang patut saya buang ialah sikap bertangguh. Saya suka melewatkan masa untuk membuat kira - kira. Tetapi semalam saya ambil kesempatan sempena saya bercuti. Saya selesaikan apa yang patut. 

Dan paling menyeronokkan ialah semenjak saya berpindah kedai baru, jualan hp saya semakin meningkat.
Alhamdulilah. Targer tercapai. 15 buah hp terjual. Pada pandangan orang lain, itu mungkin sikit tapi bagi saya ia adalah satu pencapaian yang baik. Dan untuk bulan Disember, saya target jualan hp saya melebihi 20 buah. 
Dan untuk bulan ini juga, saya ingin memenuhkan aksesori telefon supaya pelanggan seronok membeli di sini. Keseronokan pelanggan adalah kebanggaan kami.  
Target saya untuk perniagaan online saya adalah 1 buah hp untuk bulan Disember 2013 ini. 

No comments:

Post a Comment